Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزاني بحليلةِ جارِهِ ؛ لا ينظرُ اللهُ إليهِ يومَ القيامةِ، ولا يُزكِّيهِ، ويقول لهُ : ادخُلِ النارَ مع الداخلِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang yang berzina dengan isteri kepada jirannya, Allah SWT tidak akan memandang ke arahnya pada hari kiamat serta tidak akan mensucikan dirinya.” Lalu dikatakan kepadanya: ‘’Masuklah ke dalam neraka bersama dengan golongan yang masuk ke dalamnya”.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis no. 301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((الزَّانِي بِحَلِيلَةِ جَارِهِ؛ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلَا يُزَكِّيهِ، وَيَقُولُ لَهُ: ادْخُلِ النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ)). [فر، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، ((الضعيفة)) (3675)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfū‘: “Seorang yang berzina dengan isteri kepada jirannya, Allah SWT tidak akan memandang ke arahnya pada hari kiamat serta tidak akan mensucikan dirinya.” Lalu dikatakan kepadanya: ‘’Masuklah ke dalam neraka bersama dengan golongan yang masuk ke dalamnya”.’’ [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3675).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman