Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المعتكِفُ يعودُ المريضَ، ويشهدُ الجنازةَ، فإذا خرج من المسجدِ ؛ قَنَّع رأسَه حتى يرجعَ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang yang beriktikaf boleh menziarahi orang yang sakit dan menyaksikan jenazah. Apabila dia keluar dari masjid, maka dia akan menutup kepalanya sehingga dia pulang.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis no. 8802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((المعتكف يعود المريض، ويشهد الجنازة، فإذا خرج من المسجد؛ قنع رأسه حتى يرجع.)) [السيوطي في ((أربعين حديثا في الطليسان))، ((الضعيفة)) (4679)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seorang yang beriktikaf boleh menziarahi orang yang sakit dan menyaksikan jenazah. Apabila dia keluar dari masjid, maka dia akan menutup kepalanya sehingga dia pulang.)) [Riwayat al-Suyuthi dalam Arba’in Hadihan Fi Al-Talisan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4679].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman