Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أن يهودياً كان يضع القمامة على باب بيت النبي ﷺ كل يوم، فيخرج النبي ويزيح القمامة وينطلق إلى أن جاء يوم لم يجد فيه النبي القمامة، فسأل عن اليهودي فأخبره الناس بأنه مريض، فزاره النبي ﷺ فتفاجأ اليهودي وأسلم.
Teks Bahasa Melayu
Daripada Nabi ﷺ bahawa seorang Yahudi sering meletak sampah di pintu rumah Nabi ﷺ setiap hari. Nabi akan mengeluarkan dan membuangnya sehingga suatu hari Nabi tidak lagi mendapati sampah lalu Baginda bertanya tentang yahudi tersebut lalu dikhabarkan bahawa dia sedang sakit. Nabi ﷺ telah pergi menziarahinya dan yahudi itu amat terkejut lantas memeluk agama Islam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Dr. Nur Afifi Bin Alit (Penyelia Dr. Shumsudin Yabi)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Dr. Nur Afifi Bin Alit yang diselia oleh Dr. Shumsudin Yabi dalam Disertasi Kedoktoran Universiti Sains Islam Malaysia bertajuk al-Ahadith al-Wahiyah wal-Mawdu‘ah Fi al-Baramij al-Da‘wiyah al-Tilfiziwniyyyah Fi Malizia: Dirasah Tahliliyah Fi Qanat al-Hijrah, di halaman 145, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hukum Hadis: Kisah palsu. Tidak thabit daripada Nabi ﷺ bahkan terdapat tanda-tanda palsu dan batil pada matannya menurut pancaindera dan akal untuk menolaknya. pada tanda-tanda itu, kisah ini tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadis, ini menunjukkan kisah ini tidak wujud jika tidak bagaimana para imam hadis yang terkenal dengan ketelitian dan semangat yang tinggi dalam hadis Nabi ﷺ tidak memasukkan kisah ini dalam kitab-kitab mereka. Khususnya, kisah ini menggambarkan tentang kemuliaan akhlak Nabi dan juga kemuliaan Nabi dalam muamalah. Begitu juga kisah ini bertentangan dengan realiti mengikut sejarah kerana yahudi ada di Madinah bukan di Mekah. Terzahir pengingkaran dan pemungkiran janji mereka setelah Baginda Nabi ﷺ menjadi ketua dan pemimpin ketika di Madinah. Begitu juga kisah ini menyelisihi hadis-hadis Nabi yang menunjukkan sahabat sangat mengambil berat terhadap keselamatan Nabi ﷺ daripada perkara yang boleh menyakiti Nabi ﷺ dan mempertahankan Nabi daripada muslihat pakatan yang berniat jahat dan juga kerisauan mereka terhadap apa sahaja bahaya yang boleh menimpa Nabi ﷺ kerana kecintaan mereka yang amat dahsyat kepadanya. Bagaimana boleh dibayangkan para sahabat membiarkan sampah diletakkan di depan rumah Nabi ﷺ untuk tempoh yang lama (berulang kali) sehingga Nabi perlu membuangnya sendiri. Perkara ini merupakan pengurangan terhadap mereka, dan merobek keahlian mereka serta kelayakan mereka untuk menjadi sahabat Nabi ﷺ. Dengan adanya tohmahan menafikan kebenaran cinta mereka dan penjagaan mereka terhadap keselamatan Nabi ﷺ.
Rujukan
Nur Afifi, A. (2023). Al-Ahadith al-Wahiyah wa al-Mawdu'ah fi al-Baramij al-Da'wiyah al-Tilfizyuniyyah fi Maliziyah: Dirasah Tahliliyyah Qanat al-Hijrah [Doctoral dissertation, Universiti Sains Islam Malaysia]. USIM Research Repository. https://oarep.usim.edu.my/entities/publication/3da60da4-f5a5-4637-a1fb-ab8c2b8731e9/full
Penterjemah | Ali Abdul Rahman Alhuzaifi Bin Suib |
Penyunting | Muhammad Iskandar Bin Mohd Badree |
Penyemak | Dr Nur Afifi bin Alit |
Makluman