Seorang Yahudi berkata kepada Abu Bakar: Demi Tuhan yang mengutuskan Nabi Musa dan bercakap dengan Baginda, aku mencintaimu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن يهوديا قال لأبي بكر: والذي بعث موسى وكلمه تكليما إني لأحبك، فلم يرفع أبو بكر له رأسه تهاونا باليهودي. فهبط جبريل وقال: يا محمد، إن العلي الأعلى يقرئك السلام ويقول لك: قل لليهودي الذي قال لأبي بكر: إني أحبك، إن الله قد أحاد عنه في النار خلتين: لا توضع الأنكال في عنقه، ولا الأغلال في عنقه، لحبه أبا بكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seorang Yahudi berkata kepada Abu Bakar: Demi Tuhan yang mengutuskan Nabi Musa dan bercakap dengannya, aku mencintaimu, lalu Abu Bakar tidak mengangkat kepalanya kerana merasa jijik dengan Yahudi tersebut. Lalu Jibril turun dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya yang Maha Tinggi menyampaikan salam kepada kamu dan berkata kepada kamu :Katakan lah kepada Yahudi yang berkata pada Abu Bakar: Aku mencintaimu, sesungguhnya Allah telah mengangkat darinya dua perkara di neraka, iaitu tidak akan diletakkan rantai di lehernya kerana cintanya kepada Abu Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 331-332, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا. وهو موضوع، في إسناده: وضاعان.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Dalam sanadnya ada dua orang pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.