Aku berhias diri untuk suamiku setiap malam sehingga seolah-olah pengantin baru

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنها كانت امرأة عطارة يقال لها: الحولاء. فجاءت إلى عائشة، فقالت يا أم المؤمنين: نفسي لك الفداء، إني أزين نفسي لزوجي كل ليلة حتى كأني عروس أزف إليه، فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم _ إلخ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya seorang wanita yang memakai minyak wangi dinamakan sebagai al-Haula’, Dia datang kepada Aisyah RA dan berkata: Wahai Ummul Mukminin, demi diriku diserahkan untukmu, aku berhias diri untuk suamiku setiap malam sehingga seolah-olah pengantin baru. Maka Nabi SAW bersabda :…….. hingga akhir hadith.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 127, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أنس مرفوعا.
قال الدارقطني: هو حديث باطل. ذهب عبد الرحمن بن مهدي إلى زياد ابن ميمون الراوي له. فأنكر عليه. فقال: اشهدوا أني قد رجعت عنه. انتهى.
وزياد كذاب. وقد أخرجه الطبراني في الأوسط من طريقه.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Al-Daraqutni berkata: Hadith ini bathil. Abdul Rahman bin Mahdi pergi berjumpa ibn Maimum perawi hadith tersebut lalu membantahnya dengan berkata: Saksikanlah bahawa aku menarik kembali riwayat daripadanya.
Ziyad seorang pendusta, al-Tabarani meriwayatkan dalam kitabnya al-Ausath melalui jalan al-Khatib.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs