Seorang wanita tidak boleh bertolak menunaikan haji kecuali dengan izin suaminya

TEKS BAHASA ARAB

ليس للمرأة أن تنطلق للحج إلا بإذن زوجها، ولا يحل للمرأة أن تسافر ثلاث ليال إلا ومعها ذو محرم تحرم عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang wanita tidak boleh bertolak menunaikan haji kecuali dengan izin suaminya, dan tidak halal bagi seorang wanita untuk bermusafir sebanyak 3 hari kecuali ada bersamanya mahram yang akan menjaganya.

STATUS

Lemah dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis nombor 3809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه) عن عبدالله بن عمر -رضي الله عنهما- عن رسول الله ﷺ قال: «ليس للمرأة أن تنطلق للحج إلا بإذن زوجها، ولا يحل للمرأة أن تسافر ثلاث ليال إلا ومعها ذو محرم تحرم عليه».
[قط، هق، «الضعيفة» (4389)]

(Lemah dengan selengkap ini)
Daripada Abdullah bin Umar RA daripada Rasulullah SAW bersabda: Seorang wanita tidak boleh bertolak menunaikan haji kecuali dengan izin suaminya, dan tidak halal bagi seorang wanita untuk bermusafir sebanyak 3 hari kecuali ada bersamanya mahram yang akan menjaganya.
[Riwayat Sunan al-Daraqutni, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4389]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs