Daif Dengan Lengkapnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس للمرأةِ أن تنطلقَ للحجِّ إلا بإذنِ زوجِها، ولا يحل للمرأةِ أن تسافرَ ثلاثَ ليالٍ إلا ومعها ذو محرمٍ تحرمُ عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang wanita tidak boleh bertolak menunaikan haji kecuali dengan izin suaminya, dan tidak halal bagi seorang wanita untuk bermusafir sebanyak 3 hari kecuali ada bersamanya mahram yang akan menjaganya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Dengan Lengkapnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis no. 3809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بتمامه) عن عبدالله بن عمر -رضي الله عنهما- عن رسول الله ﷺ قال: «ليس للمرأة أن تنطلق للحج إلا بإذن زوجها، ولا يحل للمرأة أن تسافر ثلاث ليال إلا ومعها ذو محرم تحرم عليه». [قط، هق، «الضعيفة» (4389)]
(Lemah Dengan Lengkapnya) Daripada Abdullah bin Umar RA daripada Rasulullah SAW bersabda: Seorang wanita tidak boleh bertolak menunaikan haji kecuali dengan izin suaminya, dan tidak halal bagi seorang wanita untuk bermusafir sebanyak 3 hari kecuali ada bersamanya mahram yang akan menjaganya. [Riwayat Sunan al-Daraqutni, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4389]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman