Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Seorang wanita telah datang bertemu Rasulullah SAW, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, berilah pandanganmu terhadap diriku ini…”

Teks Bahasa Arab

أن امرأة أَتَتْ النبي -صلى الله عليه وسلم- فقَالَتْ: يا رسُول الله، رَأْفِيّ رأيك... (الحديث)، وفيه، قال: فهَلْ تَقرَأ مِن القرءان شيئا؟ قَالَ: نَعَم، سورة البَقَرَة وسورة المفصل. فقَال رسُول الله -صلى الله عليه وسلم-: قد أَنْكَحْتُكَها على أن تُقْرِئَها وتُعَلِّمَها، وإذا رزقك اللهُ عَوَّضْتَها.

Teks Bahasa Melayu

Seorang wanita telah datang bertemu Rasulullah SAW, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, berilah pandanganmu terhadap diriku ini…” (sehingga ke akhir hadith). Dalam hadith tersebut baginda SAW telah bersabda kepada lelaki (yang mahu mengahwini wanita tersebut): “Adakah kamu mempunyai sejumlah hafalan dari al-Quran?”. Kata lelaki tersebut: “Ya, surah al-Baqarah dan surah-surah Mufassal”. Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah mengahwinkan dirimu dengan wanita itu dengan maharnya kamu mesti mengajarinya membaca al-Quran dan mengajarinya makna dari ayat-ayat itu. Apabila Allah SWT telah mengurniakan rezeki bagimu, maka gantikanlah mahar itu (dengan harga yang sebenar)”.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis no. 4693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- أن امرأة أتت النبي -صلى الله عليه وسلم- فقالت: يا رسول الله، رأفي رأيك... (الحديث)، وفيه، قال: فهل تقرأ من القرءان شيئا؟ قال: نعم، سورة البقرة وسورة المفصل، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: قد أنكحتكها على أن تقرأها وتعلمها، وإذا رزقك الله عوضتها. [قط،هق، الضعيفة (983)].

(Munkar) Daripada Ibn Mas’ud RA bahawa seorang wanita telah datang bertemu Rasulullah SAW, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, berilah pandanganmu terhadap diriku ini…” (sehingga ke akhir hadith). Dalam hadith tersebut baginda SAW telah bersabda kepada lelaki (yang mahu mengahwini wanita tersebut): “Adakah kamu mempunyai sejumlah hafalan dari al-Qur'an?”. Kata lelaki tersebut: “Ya, surah al-Baqarah dan surah-surah Mufassal”. Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah mengahwinkan dirimu dengan wanita itu dengan maharnya kamu mesti mengajarinya membaca al-Qur'an dan mengajarinya makna dari ayat-ayat itu. Apabila Allah SWT telah mengurniakan rezeki bagimu, maka gantikanlah mahar itu (dengan harga yang sebenar)”. [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 983].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.