Seorang wanita telah datang berjumpa Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Anak perempuanku ini begini begini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا حاجة لي في ابنتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak berhajat lagi kepada anakmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 965, hadis nombor 4976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – أن امرأة أتت النبي ﷺ فقالت: يا رسول الله! ابنة لي كذا وكذا – ذكرت من حسنها وجمالها -، فآثرتك بها. قال: قد قبلتها. فلم تزل تمدحها حتى ذكرت أنها لم تصدع، ولم تشتك شيئا قط. فقال: ((لا حاجة لي في ابنتك)).
[حم، ((الضعيفة)) 6279].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa seorang wanita telah datang berjumpa Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Anak perempuanku ini begini begini – sambil dia menyebutkan kebaikan dan kecantikannya -, maka aku menawarkan dirinya kepadamu. Baginda SAW: Aku telah menerimanya. Namun wanita tadi masih memuji anaknya sehingga dia menyebut bahawa dia akan tidak menyakitkan kepala dan juga tidak merungut sedikit pun. Baginda SAW berkata: Aku tidak berhajat lagi kepada anakmu.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6279].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.