Seorang wanita telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Wahai Rasulullah! Apakah amalan paling baik yang boleh dilakukan oleh perempuan?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خير ما أعدت المرأة: الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah amalan paling baik yang boleh dilakukan oleh perempuan? Jawab Rasulullah SAW: Taat kepada suami dan menunaikan haknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis nombor 4927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: إن امرأة قالت: يا رسول الله! ما خير ما أعدت المرأة؟ قال: الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه.
[طب، ابن عبد البر، تخ، ((الضعيفة))(5628، 5733)].

(Munkar)
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Seorang wanita telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Wahai Rasulullah! Apakah amalan paling baik yang boleh dilakukan oleh perempuan? Jawab Rasulullah SAW: Taat kepada suami dan menunaikan haknya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abd Al-Bar, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5628, 5733].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.