Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ ما أَعَدَّتِ المرأةُ: الطاعةُ للزَّوْجِ، والاعترافُ بحقّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apakah amalan paling baik yang boleh dilakukan oleh perempuan? Jawab Rasulullah SAW: Taat kepada suami dan menunaikan haknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis no. 4927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: إن امرأة قالت: يا رسول الله! ما خير ما أعدت المرأة؟ قال: الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه. [طب، ابن عبد البر، تخ، الضعيفة(5628، 5733)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Seorang wanita telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Wahai Rasulullah! Apakah amalan paling baik yang boleh dilakukan oleh perempuan? Jawab Rasulullah SAW: Taat kepada suami dan menunaikan haknya. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abd Al-Bar, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5628, 5733].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman