Seorang wanita mesti mendapatkan keizinan suaminya

TEKS BAHASA ARAB

لا تأذن امرأة في بيت زوجها إلا بإذنه، ولا تقوم من فراشها فتصلي تطوعا إلا بإذنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang wanita tidak boleh (melakukan sesuatu) di rumah tanpa keizinan suaminya. Dan tidak boleh bangun dari (kamar) untuk menunaikan solat sunat melainkan setelah mendapat kebenaran suaminya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 946, hadis nombor 4881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لا تأذن امرأة في بيت زوجها إلا بإذنه، ولا تقوم من فراشها فتصلي تطوعا إلا بإذنه)).
[طب، ((الضعيفة)) (4771)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang wanita tidak boleh (melakukan sesuatu) di rumah tanpa keizinan suaminya. Dan tidak boleh bangun dari (kamar) untuk menunaikan solat sunat melainkan setelah mendapat kebenaran suaminya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4771].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs