Sanadnya lemah

30/06/2024

minit bacaan



Seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW, lalu duduk berdekatan dengan Nabi dan menyatakan hajatnya kemudian bangun pergi

Teks Bahasa Arab

حديث: أن امرأة أتت رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَلَسَتْ إِلَيْهِ فَكَلَّمَتْهُ فِي حَاجَتِهَا وَقَامَتْ فَأَرَادَ رَجُلٌ أَنْ يَقْعُدَ فِي مَكَانِهَا فَنَهَاهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وَسَلَّمَ أَنْ يَقْعُدَ حَتَّى يُبْرُدَ مَكَانُهَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW laududuk berdekatan dengan Nabi dan menyatakan hajatnya kemudian dia berlalu pergi. Kemudian ada seorang lelaki hendak duduk di tempat yang diduduki oleh wanita tadi lalu Nabi SAW melarangnya duduk sehingga sejuk tempat yang diduduki wanita tadi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sanadnya lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: شعيب بن مبشر يتفرد عن الثقات بما ليس من حديثهم. قال في الميزان: إنه حسن الحديث.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu (disandarkan kepada Nabi), di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Syuaib bin Mubassyir, yang berseorangan meriwayatkan daripada perawi-perawi thiqah (yang dipercayai), hadith yang bukan dari riwayat mereka. al-Dhahabi berkata di dalam al-Mizan: Sesungguhnya dia Hasan al-hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.