TEKS BAHASA ARAB
لا تزال المرأة تلعنها الملائكة، أو يلعنها الله وملائكته، وخزان الرحمة والعذاب ما انتهكت من معاصي الله شيئا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang wanita akan sentiasa dilaknat oleh para malaikat, atau dia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat-Nya dan para penjaga rahmat dan azab jika dia merosakkan kehormatannya dengan sesuatu perkara maksiat di sisi Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2062, hadis nombor 10360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال المرأة تلعنها الملائكة، أو يلعنها الله وملائكته، وخزان الرحمة والعذاب ما انتهكت من معاصي الله شيئا.
[البزار، ((الضعيفة)) (6403)]
(Munkar)
Daripada Mu‘āż bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang wanita akan sentiasa dilaknat oleh para malaikat, atau dia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat-Nya dan para penjaga rahmat dan azab jika dia merosakkan kehormatannya dengan sesuatu perkara maksiat di sisi Allah.
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6403]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.