Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Seorang wanita akan sentiasa dilaknat oleh para malaikat

Teks Bahasa Arab

لَا تَزَالُ الْمَرْأَةُ تَلْعَنُهَا الْمَلَائِكَةُ، أَوْ يَلْعَنُهَا اللَّهُ وَمَلَائِكَتُهُ، وَخُزَّانُ الرَّحْمَةِ وَالْعَذَابِ مَا انْتَهَكَتْ مِنْ مَعَاصِي اللَّهِ شَيْئاً.

Teks Bahasa Melayu

Seorang wanita akan sentiasa dilaknat oleh para malaikat, atau dia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat-Nya dan para penjaga rahmat dan azab jika dia merosakkan kehormatannya dengan sesuatu perkara maksiat di sisi Allah.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2062, hadis no. 10360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال المرأة تلعنها الملائكة، أو يلعنها الله وملائكته، وخزان الرحمة والعذاب ما انتهكت من معاصي الله شيئا. [البزار، ((الضعيفة)) (6403)]

(Munkar) Daripada Mu‘āż bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang wanita akan sentiasa dilaknat oleh para malaikat, atau dia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat-Nya dan para penjaga rahmat dan azab jika dia merosakkan kehormatannya dengan sesuatu perkara maksiat di sisi Allah. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6403]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.