Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَيِِّدٌ بَنَى دَارًا، وَاتَّخَذَ مَأْدُبَةً وَبَعَثَ دَاعِيًا فَالسَّيِِّدُ الجَبَّارُ وَالمَأْدُبَةُ الْقُرْآنُ وَالدَّارُ الْجَنَّةُ وَالدَّاعِيُ أَنا، فَأَنَا اسْمِي فِي الْقُرْآنِ مُحَمَّدٌ، وَفِي الإِنْجِيلِ أَحْمَدُ وَفِي التَّوْرَاةِ أَحْيَدُ، وَإنَّمَا سُّمِيْتُ أَحْيَدُ لِأَنِّي أَحْيَدُ عَنْ أُمَّتِي نَارَ جَهَنَّمَ وَأَحَبُّوا الْعَرَبَ بِكُلِّ قُلُوبِكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang tuan membina rumah, menyediakan hidangan, menghantar penjemput. Tuan ialah Allah Yang Maha Perkasa. Hidangan ialah al-Quran. Rumah ialah syurga. Dan penjemput ialah saya. Nama saya dalam al-Quran ialah Muhammad, dalam Injil ialah Ahmad, dalam Taurat pula ialah Ahyad. Saya digelar Ahyad kerana saya memelihara umat saya daripada neraka jahanam. Cintailah Arab dengan sepenuh hati kalian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1045, hadis no. 5338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: سيد بنى دارا واتخذ مأدبة وبعث داعيا فالسيد الجبار والمأدبة القرآن والدار الجنة والداعي أنا، فأنا اسمي في القرآن محمد وفي الإنجيل أحمد وفي التوراة أحيد وإنما سميت أحيد لأني أحيد عن أمتي نار جهنم وأحبوا العرب بكل قلوبكم. [عد، الضعيفة (1865)].
[Palsu] Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW: Seorang Tuan membina rumah, menyediakan hidangan, menghantar penjemput. Tuan ialah Allah. Hidangan ialah al-Quran. Rumah ialah syurga. Dan penjemput ialah saya. Nama saya dalam al-Quran ialah Muhammad, dalam Injil ialah Ahmad, dalam Taurat pula ialah Ahyad. Saya digelar Ahyad kerana saya memelihara umat saya daripada neraka jahanam. Cintailah Arab dengan sepenuh hati kalian. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1865]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman