Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضاف ضيف رجلاً من بني إسرائيل، وفي داره كلبة مجح، فقالت الكلبة: والله! لا أنبح ضيف أهلي، قال: فعوى جراؤها في بطنها، قال: قيل: ما هذا؟ قال: فأوحى الله عز وجل إلى رجل منهم: هذا مثل أمة تكون من بعدكم، يقهر سفهاؤها حلماءها
Teks Bahasa Melayu
Seorang tetamu menginap di rumah seorang lelaki daripada kalangan Bani Israel. Dalam rumahnya terdapat seekor anjing yang sarat hamil lalu anjing tersebut berkata: Demi Allah! Aku tidak akan menggonggong kepada tetamu keluargaku ini. Lalu anak anjing di dalam perutnya mengaung. Ditanya padanya: Apakah itu? Lalu dia menjawab: Allah azza wa jalla telah mewahyukan kepada seorang lelaki daripada kalangan mereka: Ini adalah umpama umat yang akan ada selepas daripada kamu. Orang-orang yang bodoh daripada kalangan mereka menguasai orang yang berakal.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1686-1687, hadis no. 8504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Musnad Ahmad
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman