Batil

30/06/2024

minit bacaan



Seorang syeikh dalam kalangan kaumnya adalah sama seperti seorang nabi dalam kalangan umatnya

Teks Bahasa Arab

الشَّيخُ في قومِهِ كالنَّبيِّ في أمَّتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Seorang syeikh dalam kalangan kaumnya adalah sama seperti seorang nabi dalam kalangan umatnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«الشَّيْخُ فِي قَوْمِهِ كَالنَّبِيِّ فِي أمته» لِابْنِ حبَان والديلمي ضَعِيف جدا وَفِي الْمَقَاصِد جزم شَيخنَا وَغَيره بِأَنَّهُ مَوْضُوع وَإِنَّمَا هُوَ من كَلَام بعض وَرُبمَا أورد بِلَفْظ «الشَّيْخ فِي جماعته كالنبي فِي قومه يتعلمون من علمه ويتأدبون من أدبه» وَكله بَاطِل.

“Seorang syeikh dalam kalangan kaumnya adalah sama seperti seorang nabi dalam kalangan umatnya.” Ia diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan al-Dailami. Hadis ini adalah hadis yang tersangat lemah. Dalam kitab al-Maqasid menyebut: Guru kami dan yang lainnya menyatakan secara pasti bahawa hadis tersebut adalah palsu. Ia sebenarnya adalah hanya kata-kata seseorang. Berkemungkinan Ia disebutkan dengan lafaz: “Seorang syeikh dalam kumpulannya adalah sama seperti seorang nabi dalam kalangan umatnya. Mereka belajar daripada ilmunya dan juga beradab seperti adabnya.” Kesemuanya adalah hadis yang batil.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.