Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Seorang Qadi itu tidak boleh memutuskan sesuatu hukuman kecuali dia berada dalam keadaan yang kenyang dan tidak dahaga

Teks Bahasa Arab

لا يقضي القاضِي إلا وهو شَبعانٌ رَيَّانٌ.

Teks Bahasa Melayu

Seorang Qadi itu tidak boleh memutuskan sesuatu hukuman kecuali dia berada dalam keadaan yang kenyang dan tidak dahaga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 820, hadis no. 4218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يقضى القاضى إلا وهو شبعان ريان)). [قط، عد، خط، هق، أبو عثمان النجيرمي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6209)]

(Palsu) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang Qadi itu tidak boleh memutuskan sesuatu hukuman kecuali dia berada dalam keadaan yang kenyang dan tidak dahaga. [Riwayat Sunan al-Daruqutni, Ibn Adi dalam al-kamil fi al-Dhuafa’, Tarikh Baghdad dalam Khatib al-Baghdadi, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Abu Uthman al-Nujairimi dalam al-Fawai. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6209]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.