Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Seorang penghutang diikat dalam kuburnya sehingga hutangnya diselesaikan

Teks Bahasa Arab

صَاحِبُ الدَّيْنِ مَغْلُولٌ فِي قَبْرِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ دَيْنُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Seorang penghutang diikat dalam kuburnya sehingga hutangnya diselesaikan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 595, hadis no. 3069.

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه– مرفوعا: ((صاحب الدين مغلول في قبره حتى يقضى عنه دينه)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (1377)].

(Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Seorang penghutang diikat dalam kuburnya sehingga hutangnya diselesaikan. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍu’afa’ dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1377].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.