TEKS BAHASA ARAB
القاص ينتظر المقت، والمستمع ينتظر الرحمة، والتاجر ينتظر الرزق، والمكاثر ينتظر اللعنة، والنائحة ومن حولها من إمرأة مستحقة عليهم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2022, hadis nombor 10163. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عبد الله بن عباس وعبد الله بن عمر و عبد الله بن الزبير – رضي الله عنه – مرفوعا: القاص ينتظر المقت، والمستمع ينتظر الرحمة، والتاجر ينتظر الرزق، والمكاثر ينتظر اللعنة، والنائحة ومن حولها من إمرأة مستحقة عليهم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.
[عد، الباطرقاني في ((حديثه))، القضاعي، نصر المقدسي في (( الأربعين ))، ((الضعيفة)) (4070)]
(Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Abbas dan Abdullah bin ‘Amr dan Abdullah bin al-Zubair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya.
[Riwayat Ibn ’Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Baturqoni dalam Hadith beliau, al-Quda’ie dan Nasr al-Maqdisi dalam al-Arba’in. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4070]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.