Seorang pemuda yang bodoh tetapi pemurah lebih aku sukai dari orang tua yang kuat beribadah

TEKS BAHASA ARAB

شاب سفيه سخي أحب إلي من شيخ بخيل عابد، إن السخي قريب من الله، قريب من الجنة، بعيد من النار، وإن البخيل بعيد من الجنة، قريب من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang pemuda yang bodoh tetapi pemurah lebih aku sukai dari orang tua yang kuat beribadah tetapi kedekut, orang yang pemurah adalah dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, jauh dari neraka, orang yang kedekut jauh dari syurga, dekat dari neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis nombor 4404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((شاب سفيه سخي أحب إلي من شيخ بخيل عابد، إن السخي قريب من الله، قريب من الجنة، بعيد من النار، وإن البخيل بعيد من الجنة، قريب من النار)). [تمام، ((الضعيفة)) (646)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Seorang pemuda yang bodoh tetapi pemurah lebih aku sukai dari orang tua yang kuat beribadah tetapi kedekut, orang yang pemurah adalah dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, jauh dari neraka, orang yang kedekut jauh dari syurga, dekat dari neraka.”
[Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 646].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs