Seorang pemuda sedang duduk bersama Baginda SAW lalu datang anak kecil (lelaki) kepada pemuda itu

TEKS BAHASA ARAB

فما عدلت بينهما؛ يعني: في القبلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu tidak berlaku adil di antara mereka berdua.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 950, hadis nombor 4903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس – رضي الله عنه – : أن رجلا كان جالسا مع النبي – ﷺ-، فجاء بني له، فقبله، وأجلسه في حجره، ثم جاءت بنيته، فأجلسها إلى جنبه، فقال النبي – ﷺ-: فما عدلت بينهما؛ يعني: في القبلة.
[عد، هق، ((الضعيفة))(5456)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Anas RA bahawa seorang pemuda sedang duduk bersama Baginda SAW lalu datang anak kecil (lelaki) kepada pemuda itu dan dikucupnya lantas didudukkannya di kamarnya. Kemudian datang pula anak kecilnya yang lain (perempuan) dan didudukkannya di sebelahnya. Lalu Baginda bersabda: Kamu tidak berlaku adil di antara mereka berdua.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan Ibn Majah di dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5456].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs