Seorang pemuda daripada kalangan kami telah mati syahid pada peperangan Uhud

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

استشهد غلام منا يوم أحد فوجد على بطنه صخرة مربوطة من الجوع فمسحت أمه التراب عن وجهه وقالت: هنيئا لك الجنة يا بني فقال صلى الله عليه وسلم : وما يدريك ؟ لعله كان يتكلم فيما لا يعنيه ويمنع ما لا يضره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang pemuda daripada kalangan kami telah mati syahid pada peperangan Uhud. Lalu didapati di atas perutnya terdapat batu yang diikat disebabkan kelaparan. Kemudian ibunya menyapu pasir dari wajah anaknya itu lalu berkata: Tahniah buatmu wahai anakku! Syurga buat kamu. Maka Nabi SAW bersabda: Bagaimanakah kamu tahu? Boleh jadi dia bercakap pada perkara yang tidak penting baginya, dan dia menghalang perkara yang tidak memudaratkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis nombor 680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: استشهد غلام منا يوم أحد فوجد على بطنه صخرة مربوطة من الجوع فمسحت أمه التراب عن وجهه وقالت: هنيئاً لك يا بني الجنة. فقال النبي ﷺ: وما يدريك؟ لعله كان يتكلم فيها لا يعنيه ويمنع ما لا يضره. [ع، ابن أن الدنيا في الصمت، الضعيفة (6107)].

(Lemah) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Seorang pemuda daripada kalangan kami telah mati syahid pada peperangan Uhud. Lalu didapati di atas perutnya terdapat batu yang diikat disebabkan kelaparan. Kemudian ibunya menyapu pasir dari wajah anaknya itu lalu berkata: Tahniah buatmu wahai anakku! Syurga buat kamu. Maka Nabi SAW bersabda: Bagaimanakah kamu tahu? Boleh jadi dia bercakap pada perkara yang tidak penting baginya, dan dia menghalang perkara yang tidak memudaratkannya.[Diriwayatkan oleh Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6107)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.