Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استُشهِدَ غلامٌ منا يومَ أُحُدٍ , فوجدْنا على بطنِه حجرًا مربوطًا من الجوعِ فمسحتْ أُمُّه عن وجهِه الترابَ , وقالت : هنيئًا لكَ الجنةُ يا بنيَّ فقال صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : وما يُدريكَ ؟ لعلَّهُ كان يتكلَّمُ فيما لا يَعْنيه ويمنعُ ما لا يضرُّه.
Teks Bahasa Melayu
Seorang pemuda daripada kalangan kami telah mati syahid pada peperangan Uhud. Lalu didapati di atas perutnya terdapat batu yang diikat disebabkan kelaparan. Kemudian ibunya menyapu pasir dari wajah anaknya itu lalu berkata: Tahniah buatmu wahai anakku! Syurga buat kamu. Maka Nabi SAW bersabda: Bagaimanakah kamu tahu? Boleh jadi dia bercakap pada perkara yang tidak penting baginya, dan dia menghalang perkara yang tidak memudaratkannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis no. 680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: استشهد غلام منا يوم أحد فوجد على بطنه صخرة مربوطة من الجوع فمسحت أمه التراب عن وجهه وقالت: هنيئاً لك يا بني الجنة. فقال النبي ﷺ: وما يدريك؟ لعله كان يتكلم فيها لا يعنيه ويمنع ما لا يضره. [ع، ابن أن الدنيا في الصمت، الضعيفة (6107)].
(Daif) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Seorang pemuda daripada kalangan kami telah mati syahid pada peperangan Uhud. Lalu didapati di atas perutnya terdapat batu yang diikat disebabkan kelaparan. Kemudian ibunya menyapu pasir dari wajah anaknya itu lalu berkata: Tahniah buatmu wahai anakku! Syurga buat kamu. Maka Nabi SAW bersabda: Bagaimanakah kamu tahu? Boleh jadi dia bercakap pada perkara yang tidak penting baginya, dan dia menghalang perkara yang tidak memudaratkannya.[Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6107)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman