Seorang peminta (sedekah) telah datang kepada seorang wanita sedang di dalam mulutnya ada suapan

TEKS BAHASA ARAB

أتى سائل امرأة وفي فمها لقمة، فأخرجت اللقمة فلفظتها فناولتها السائل، فلم تلبث أن رزقت غلاما، فلما ترعرع جاء ذئب فاحتمله، فخرجت أمه تعدو في أثر الذئب وهي تقول: ابني ابني، فأمر الله ملكا: الحق الذئب، فأخذ الصبي من فيه، وقال لأمه: إن الله يقرئك السلام، وقال: هذه لقمة بلقمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang peminta (sedekah) telah datang kepada seorang wanita sedang di dalam mulutnya ada suapan, lantas dia mengeluarkan suapan itu, meluahkannya lalu dia serahkan ia kepada si peminta berkenaan. Maka tidak lama (selepas itu) dia direzekikan seorang anak, dan apabila dia mula membesar, seekor serigala telah datang lantas ia membawanya. Maka, ibunya telah keluar mengejar pada jejak serigala itu, sambil dia berkata: Anakku! Anakku! Maka Allah telah memerintahkan malaikat: Kejarlah serigala berkenaan. Lantas dia mengambil budak berkenaan dari mulutnya, dan dia berkata kepada ibunya: Sesungguhnya Allah mengirim kepadamu salam, dan Dia berkata: Suapan dengan suapan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis nombor 9894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أتى سائل امرأة وفي فمها لقمة، فأخرجت اللقمة فلفظتها فناولتها السائل، فلم تلبث أن رزقت غلاما، فلما ترعرع جاء ذئب فاحتمله، فخرجت أمه تعدو في أثر الذئب وهي تقول: ابني ابني، فأمر الله ملكا: الحق الذئب، فأخذ الصبي من فيه، وقال لأمه: إن الله يقرئك السلام، وقال: هذه لقمة بلقمة)).
[الدينوري، ((الضعيفة)) (1684)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang peminta (sedekah) telah datang kepada seorang wanita sedang di dalam mulutnya ada suapan, lantas dia mengeluarkan suapan itu, meluahkannya lalu dia serahkan ia kepada si peminta berkenaan. Maka tidak lama (selepas itu) dia direzekikan seorang anak, dan apabila dia mula membesar, seekor serigala telah datang lantas ia membawanya. Maka, ibunya telah keluar mengejar pada jejak serigala itu, sambil dia berkata: Anakku! Anakku! Maka Allah telah memerintahkan malaikat: Kejarlah serigala berkenaan. Lantas dia mengambil budak berkenaan dari mulutnya, dan dia berkata kepada ibunya: Sesungguhnya Allah mengirim kepadamu salam, dan Dia berkata: Suapan dengan suapan.
[Riwayat Aḥmad bin Marwān al-Dīnawarī dalam al-Muntaqā min al-Mujālasah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1684]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs