Seorang pemerintah itu mestilah mempunyai lima sifat

TEKS BAHASA ARAB

على الوالي خمس خصال: جمع المال من حقه، ووضعه في حقه، وأن يستعين على أمورهم بخير من يعلم، ولا يجمرهم فيهلكهم، ولا يؤخر أمر يوم لغد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang pemerintah itu mestilah mempunyai lima sifat: Mengumpulkan harta dengan benar, meletakkannya dengan benar memohon bantuan bagi urusan mereka dengan sebaik-baik orang yang dia tahu, tidak mengumpulkan mereka di medan perang lalu memusnahkan mereka serta tidak menangguhkan urusan hari ini kepada hari esok.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 838, hadis nombor 4297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن واثلة بن الأسقع -رضي الله عنه- مرفوعا: ((على الوالي خمس خصال: جمع المال من حقه، ووضعه في حقه، وأن يستعين على أمورهم بخير من يعلم، ولا يجمرهم فيهلكهم، ولا يؤخر أمر يوم لغد)).
[عق، ابن أخي ميمي في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (3875)]

(Lemah) Wāthilah ibn al-Asqa’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang pemerintah itu mestilah mempunyai lima sifat: Mengumpulkan harta dengan benar, meletakkannya dengan benar memohon bantuan bagi urusan mereka dengan sebaik-baik orang yang dia tahu, tidak mengumpulkan mereka di medan perang lalu memusnahkan mereka serta tidak menangguhkan urusan hari ini kepada hari esok.
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan Ibn Akhī Mīmī dalam al-Fawā‘id al-Muntaqāh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3875]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.