Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
على الوالي خمسُ خصالٍ: جمعُ المالِ من حقِّهِ، ووضعُهُ في حقِّهِ، وأنْ يستعينَ على أمورِهم بخيرِ من يعلمُ، وَلا يُجَمِّرَهُمْ فَيُهْلِكَهُمْ، ولا يؤخرُ أمرَ يومٍ لغدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang pemerintah itu mestilah mempunyai lima sifat: Mengumpulkan harta dengan benar, meletakkannya dengan benar memohon bantuan bagi urusan mereka dengan sebaik-baik orang yang dia tahu, tidak mengumpulkan mereka di medan perang lalu memusnahkan mereka serta tidak menangguhkan urusan hari ini kepada hari esok.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin Al-Asqa' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 838, hadis no. 4297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن واثلة بن الأسقع -رضي الله عنه- مرفوعا: ((على الوالي خمس خصال: جمع المال من حقه، ووضعه في حقه، وأن يستعين على أمورهم بخير من يعلم، ولا يجمرهم فيهلكهم، ولا يؤخر أمر يوم لغد)). [عق، ابن أخي ميمي في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (3875)]
(Lemah) Wāthilah ibn al-Asqa’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang pemerintah itu mestilah mempunyai lima sifat: Mengumpulkan harta dengan benar, meletakkannya dengan benar memohon bantuan bagi urusan mereka dengan sebaik-baik orang yang dia tahu, tidak mengumpulkan mereka di medan perang lalu memusnahkan mereka serta tidak menangguhkan urusan hari ini kepada hari esok. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan Ibn Akhī Mīmī dalam al-Fawā‘id al-Muntaqāh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3875]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman