Seorang muslimah itu apabila dia mengandung, dia akan mendapat pahala

TEKS BAHASA ARAB

إن المسلمة إذا حملت كان لها أجر القائم الصائم المحرم المجاهد في سبيل الله، حتى إذا وضعت؛ فإن لها بأول رضعة ترضعه أجر حياة نسمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang muslimah itu apabila dia mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang mendirikan solat berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah, sehinggalah dia melahirkan, baginya setiap susuan pahala menghidupkan kehidupan.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis nombor 4190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إن المسلمة إذا حملت كان لها أجر القائم الصائم المحرم المجاهد في سبيل الله، حتى إذا وضعت؛ فإن لها بأول رضعة ترضعه أجر حياة نسمة)).
[ع، ((الضعيفة)) (6256)].

(Sangat Munkar) Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang muslimah itu apabila dia mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang mendirikan solat berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah, sehinggalah dia melahirkan, baginya setiap susuan pahala menghidupkan kehidupan.
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6256]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs