Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المُسْلِمَةَ إذا حملَت كانَ لَها أجرُ القائِمِ الصَّائمِ المُحرمِ المُجاهدِ في سَبيلِ اللَّهِ، حتَّى إذا وَضَعت؛ فإنَّ لَها بأوَّلِ رَضعةٍ ترضعُهُ أجرَ حياةِ نَسمةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang muslimah itu apabila dia mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang mendirikan solat berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah, sehinggalah dia melahirkan, baginya setiap susuan pahala menghidupkan kehidupan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis no. 4190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang muslimah itu apabila dia mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang mendirikan solat berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah, sehinggalah dia melahirkan, baginya setiap susuan pahala menghidupkan kehidupan. [Riwayat Abi Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6256]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman