Seorang mukmin yang kaya dan seorang mukmin yang miskin di dunia bertemu di pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

التقى مؤمنان على باب الجنة: مؤمن غني، ومؤمن فقير؛ كانا في الدنيا؛ فأدخل الفقير الجنة، وحبس الغني ما شاء الله أن يحبس؛ ثم أدخل الجنة، فلقيه الفقير فقال: أي أخي! ماذا حبسك؟ والله لقد حبست حتى خفت عليك! فيقول: أي أخي! إني حبست بعدك محبسا فظيعا كريها، وما وصلت إليك حتى سال مني العرق ما لو ورده ألف بعير؛ كلها آكلة حمض؛ لصدرت عنه رواء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua orang mukmin berjumpa di pintu syurga, seorang adalah mukmin yang kaya dan seorang lagi adalah mukmin yang miskin di dunia. Lalu dimasukkan yang miskin ke dalam syurga, manakala yang kaya ditahan (dihalang) selama Allah kehendaki ia ditahan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam syurga lalu dia berjumpa dengan si miskin. Orang yang miskin itu bertanya: Wahai saudaraku, apakah yang telah menahanmu? Demi Allah engkau telah ditahan sehinggakan aku berasa takut atas apa yang ditimpakan ke atas kamu! Orang yang kaya itu berkata: Wahai saudaraku! Aku telah ditahan selepas kamu (masuk syurga) dengan tahanan (penjara) yang mengerikan lagi membencikan, dan aku tidak berjumpa denganmu sehingga mengalir peluh daripada aku yang sekiranya 1000 ekor unta mendatangi air peluh itu yang mana kesemua unta itu memakan benda yang masam, pasti ia akan beredar daripada air itu dalam keadaan hilang dahaga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 723, hadis nombor 3692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: التقى مؤمنان على باب الجنة: مؤمن غني، ومؤمن فقير؛ كانا في الدنيا؛ فأدخل الفقير الجنة، وحبس الغني ما شاء الله أن يحبس؛ ثم أدخل الجنة، فلقيه الفقير فقال: أي أخي! ماذا حبسك؟ والله لقد حبست حتى خفت عليك! فيقول: أي أخي! إني حبست بعدك محبسا فظيعا كريها، وما وصلت إليك حتى سال مني العرق ما لو ورده ألف بعير؛ كلها آكلة حمض؛ لصدرت عنه رواء.
[حم، ((الضعيفة)) (6779)].

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua orang mukmin berjumpa di pintu syurga, seorang adalah mukmin yang kaya dan seorang lagi adalah mukmin yang miskin di dunia. Lalu dimasukkan yang miskin ke dalam syurga, manakala yang kaya ditahan (dihalang) selama Allah kehendaki ia ditahan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam syurga lalu dia berjumpa dengan si miskin. Orang yang miskin itu bertanya: Wahai saudaraku, apakah yang telah menahanmu? Demi Allah engkau telah ditahan sehinggakan aku berasa takut atas apa yang ditimpakan ke atas kamu! Orang yang kaya itu berkata: Wahai saudaraku! Aku telah ditahan selepas kamu (masuk syurga) dengan tahanan (penjara) yang mengerikan lagi membencikan, dan aku tidak berjumpa denganmu sehingga mengalir peluh daripada aku yang sekiranya 1000 ekor unta mendatangi air peluh itu yang mana kesemua unta itu memakan benda yang masam, pasti ia akan beredar daripada air itu dalam keadaan hilang dahaga.
[Riwayat Ahmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6779].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs