Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْتَقَى مُؤْمِنَانِ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ: مُؤْمِنٌ غَنِيٌّ، وَمُؤْمِنٌ فَقِيرٌ؛ كَانَا فِي الدُّنْيَا؛ فَأُدْخِلَ الْفَقِيرُ الْجَنَّةَ، وَحُبِسَ الْغَنِيُّ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يُحْبَسَ؛ ثُمَّ أُدْخِلَ الْجَنَّة، َ فَلَقِيَهُ الْفَقِيرُ فَقال: أَيْ أَخِي! مَاذَا حَبَسَكَ؟ وَاللَّهِ لَقَدْ حُبِسْتَ حَتَّى خِفْتُ عَلَيْكَ! فَيَقُولُ: أَيْ أَخِي! إِنِّي حُبِسْتُ بَعْدَكَ مَحْبِسًا فَظِيعًا كَرِيهًا، وَمَا وَصَلْتُ إِلَيْكَ حَتَّى سَالَ مِنِّي الْعَرَقُ مَا لَوْ وَرَدَهُ أَلْفُ بَعِيرٍ؛ كُلُّهَا آكِلَةُ حَمْضٍ؛ لَصَدَرَتْ عَنْهُ رِوَاءً.
Teks Bahasa Melayu
Dua orang mukmin berjumpa di pintu syurga, seorang adalah mukmin yang kaya dan seorang lagi adalah mukmin yang miskin di dunia. Lalu dimasukkan yang miskin ke dalam syurga, manakala yang kaya ditahan (dihalang) selama Allah kehendaki ia ditahan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam syurga lalu dia berjumpa dengan si miskin. Orang yang miskin itu bertanya: Wahai saudaraku, apakah yang telah menahanmu? Demi Allah engkau telah ditahan sehinggakan aku berasa takut atas apa yang ditimpakan ke atas kamu! Orang yang kaya itu berkata: Wahai saudaraku! Aku telah ditahan selepas kamu (masuk syurga) dengan tahanan (penjara) yang mengerikan lagi membencikan, dan aku tidak berjumpa denganmu sehingga mengalir peluh daripada aku yang sekiranya 1000 ekor unta mendatangi air peluh itu yang mana kesemua unta itu memakan benda yang masam, pasti ia akan beredar daripada air itu dalam keadaan hilang dahaga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 723, hadis no. 3692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn 'Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua orang mukmin berjumpa di pintu syurga, seorang adalah mukmin yang kaya dan seorang lagi adalah mukmin yang miskin di dunia. Lalu dimasukkan yang miskin ke dalam syurga, manakala yang kaya ditahan (dihalang) selama Allah kehendaki ia ditahan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam syurga lalu dia berjumpa dengan si miskin. Orang yang miskin itu bertanya: Wahai saudaraku, apakah yang telah menahanmu? Demi Allah engkau telah ditahan sehinggakan aku berasa takut atas apa yang ditimpakan ke atas kamu! Orang yang kaya itu berkata: Wahai saudaraku! Aku telah ditahan selepas kamu (masuk syurga) dengan tahanan (penjara) yang mengerikan lagi membencikan, dan aku tidak berjumpa denganmu sehingga mengalir peluh daripada aku yang sekiranya 1000 ekor unta mendatangi air peluh itu yang mana kesemua unta itu memakan benda yang masam, pasti ia akan beredar daripada air itu dalam keadaan hilang dahaga. [Riwayat Ahmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6779].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman