Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المؤمنُ لا يُثَرَّبُ على شيءٍ أصابه في الدنيا، إنما يُثَرَّبُ على الكافرِ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang mukmin itu tidak dicela atas sesuatu yang menimpanya di dunia. Sesungguhnya yang dicela itu adalah ke atas orang kafir.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 86, hadis no. 426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA: “Sesungguhnya Abū Bakr RA keluar yang tiada menyebabkan beliau keluar melainkan rasa lapar. Dan ‘Umar RA keluar yang tiada menyebabkan beliau keluar melainkan rasa lapar. Dan Nabi SAW keluar ke arah kedua-duanya. Mereka berdua memberitahu kepada Baginda SAW bahawa tidaklah mereka keluar melainkan kelaparan. Lalu Baginda SAW telah bersabda: “Marilah pergi bersama kami menuju ke rumah seorang lelaki daripada kalangan Ansar.” Yang dikenali sebagai Abū al-Haitham ibn al-Tayyihān. Namun dia tidak ada di rumah, kerana telah pergi mencari air. Beliau (‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA) telah berkata: “Kemudian ada seorang perempuan yang mengalu-alukan Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda SAW. Dia membentangkan kepada mereka sesuatu, lalu mereka pun duduk di atasnya. Maka Nabi SAW bertanya kepadanya: “Ke manakah Abū al-Haitham pergi?” Perempuan itu telah menjawab: “Beliau keluar untuk mencari air untuk kami.” Tidak lama mereka duduk, dia datang membawa sebekas air lalu menggantungnya dan dia hendak menyembelih kambing untuk mereka. Kemudian Nabi SAW seakan tidak suka mereka melakukannya. Beliau (‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA) telah berkata: “Maka dia pun menyembelih anak kambing untuk mereka. Kemudian dia beredar dan datang membawa setangkai buah kurma. Mereka pun makan daging, gandum, buah kurma dan mereka juga minum air. Lalu salah seorang mereka telah berkata - sama ada Abū Bakr atau ‘Umar -: “Adakah ini merupakan sebahagian daripada nikmat yang akan ditanyakan?” Maka Nabi SAW telah bersabda: “Seorang mukmin itu tidak dicela atas sesuatu yang menimpanya di dunia. Sesungguhnya yang dicela itu adalah ke atas orang kafir.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4672]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman