Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس بمؤمنٍ مستكملِ الإيمانِ من لم يعدَّ البلاءَ نعمةً، والرخاءَ مصيبةً . قال : لأنَّ البلاءَ لا يتبعهُ إلا الرخاءُ، وكذلك الرَّخاءُ لا يتبعهُ إلا المصيبةُ، وليس بمؤمنٍ مستكملِ الإيمانِ من لم يكن في غمٍّ ما لم يكن في صلاةٍ . قالوا : ولمَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : لأنَّ المصلِّي يناجي ربَّهُ، وإذا كان في غيرِ صلاةٍ إنما يناجي ابنَ آدمَ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang mukmin itu tidak dianggap mempunyai kesempurnaan iman apabila mereka yang tidak menganggap ujian itu sebagai satu nikmat dan tidak menganggap kesenangan itu sebagai satu musibah. Baginda bersabda: Ini kerana, ujian itu tidak akan diikuti melainkan dengan ketenangan. Begitu juga kesenangan itu tidak akan diikuti melainkan oleh musibah. Begitu juga tidak dianggap seorang mukmin itu mempunyai kesempurnaan iman, selama mana dia tidak merasai rasa gusar sebagaimana ia tidak berlaku (merasai kegusaran) ketika sedang menunaikan solat. Para sahabat bertanya: Kenapakah begitu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana seseorang yang solat itu sedang bermunajat kepada Tuhannya dan jika dia di luar solat, dia hanya bemunajat kepada anak Adam
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 296, hadis no. 1560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يعد البلاء نعمة، والرخاء مصيبة. قال: لأن البلاء لا يتبعه إلا الرخاء، وكذلك الرخاء لا يتبعه إلا المصيبة، وليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يكن في غم ما لم يكن في صلاة. قالوا: ولم يا رسول الله؟ قال: لأن المصلي يناجي ربه، وإذا كان في غير صلاة إنما يناجي ابن آدم)). [طب، الأصبهاني في ((الترغيب))، ((الضعيفة)) (4374)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang mukmin itu tidak dianggap mempunyai kesempurnaan iman apabila mereka yang tidak menganggap ujian itu sebagai satu nikmat dan tidak menganggap kesenangan itu sebagai satu musibah. Baginda bersabda: Ini kerana, ujian itu tidak akan diikuti melainkan dengan ketenangan. Begitu juga kesenangan itu tidak akan diikuti melainkan oleh musibah. Begitu juga tidak dianggap seorang mukmin itu mempunyai kesempurnaan iman, selama mana dia tidak merasai rasa gusar sebagaimana ia tidak berlaku (merasai kegusaran) ketika sedang menunaikan solat. Para sahabat bertanya: Kenapakah begitu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana seseorang yang solat itu sedang bermunajat kepada Tuhannya dan jika dia di luar solat, dia hanya bemunajat kepada anak Adam. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan al-Asbahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4374].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman