Seorang mukmin itu bersifat mudah lagi lembut

TEKS BAHASA ARAB

المؤمن هين لين، تخاله من اللين أحمق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang mukmin itu bersifat mudah lagi lembut. Kamu menyangkanya bodoh kerana kelembutan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 85, hadis nombor 425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- رفعه: المؤمن هين لين، تخاله من اللين أحمق.
[المخلّص في ((بعض الخامس من الفوائد))، هب، فر، الثقفي في ((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (4671)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah R.A beliau memarfu’kannya: Seorang mukmin itu bersifat mudah lagi lembut. Kamu menyangkanya bodoh kerana kelembutan.
[Diriwayatkan oleh Al-Mukhallis dalam Ba’dh Al-Khamis min al-Fawa’id, Al-Baihaqi dalam Al-Syu’ab, Al-Dailami dalam Al-Musnad Al-Firdaus, Al-Tsaqafi dalam Al-Tsaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4671]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.