Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المؤمنُ هَيِّنٌ لَيِّنٌ، تَخَالُهُ من اللِّينِ أَحْمَقَ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang mukmin itu bersifat mudah lagi lembut. Kamu menyangkanya bodoh kerana kelembutan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 85, hadis no. 425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- رفعه: المؤمن هين لين، تخاله من اللين أحمق. [المخلّص في ((بعض الخامس من الفوائد))، هب، فر، الثقفي في ((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (4671)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah R.A beliau memarfu’kannya: Seorang mukmin itu bersifat mudah lagi lembut. Kamu menyangkanya bodoh kerana kelembutan. [Riwayat Al-Mukhallis dalam Ba’dh Al-Khamis min al-Fawa’id, Al-Baihaqi dalam Al-Syu’ab, Al-Dailami dalam Al-Musnad Al-Firdaus, Al-Tsaqafi dalam Al-Tsaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4671]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman