Seorang mukmin itu adalah manfaat

TEKS BAHASA ARAB

المؤمن [ منفعة ]؛ إن ماشيته نفعك، وإن شاورته نفعك، وإن شاركته نفعك، وكل شيء من أمره منفعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang mukmin itu adalah manfaat. Sekiranya kamu berjalan dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu berbincang dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu menyertainya dalam sesuatu urusan, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Setiap urusannya adalah manfaat

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 85, hadis nombor 424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: المؤمن [منفعة]؛ إن ماشيته نفعك، وإن شاورته نفعك، وإن شاركته نفعك، وكل شيء من أمره منفعة.
[حل، ((الضعيفة)) (4670)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Seorang mukmin itu adalah manfaat. Sekiranya kamu berjalan dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu berbincang dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu menyertainya dalam sesuatu urusan, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Setiap urusannya adalah manfaat.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4670]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.