Seorang mukmin ditimpa sesuatu yang dia tidak sukai; maka ia adalah musibah

TEKS BAHASA ARAB

ما أصاب المؤمن مما يكره؛ فهو مصيبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang mukmin ditimpa sesuatu yang dia tidak sukai; maka ia adalah musibah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1370, hadis nombor 6978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: انقطع قبال رسول الله ﷺ فاسترجع، فقالوا: أمصيبة يا رسول الله؟ قال: ما أصاب المؤمن مما يكره؛ فهو مصيبة.
[طب، ((الضعيفة)) (5947)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, katanya: Tali selipar Rasulullah SAW telah terputus, lalu Baginda pun mengucapkan istirja’, mereka bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ia dianggap musibah? Baginda bersabda: Apabila seseorang mukmin ditimpa sesuatu yang dia tidak sukai; maka ia adalah musibah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5947]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs