Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أصابَ المؤمنَ مِمَّا يَكرَهُ فَهوَ مصيبةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang mukmin ditimpa sesuatu yang dia tidak sukai; maka ia adalah musibah.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1370, hadis no. 6978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: انقطع قبال رسول الله ﷺ فاسترجع، فقالوا: أمصيبة يا رسول الله؟ قال: ما أصاب المؤمن مما يكره؛ فهو مصيبة. [طب، ((الضعيفة)) (5947)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, katanya: Tali selipar Rasulullah SAW telah terputus, lalu Baginda pun mengucapkan istirja', mereka bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ia dianggap musibah? Baginda bersabda: Apabila seseorang mukmin ditimpa sesuatu yang dia tidak sukai; maka ia adalah musibah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5947]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman