Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Seorang muazzin merupakan tiang Allah, imam pula adalah cahaya Allah

Teks Bahasa Arab

المؤذِّنُ عمودُ اللهِ، والإمامُ نورُ اللهِ، والصُّفوفُ أركانُ اللهِ، فأَجيبوا عَمودَ اللهِ، واقتبِسوا بنورِ اللهِ، وكونوا مِن أركانِ اللهِ.

Teks Bahasa Melayu

Seorang muazzin merupakan tiang Allah, imam pula adalah cahaya Allah, manakala saf-saf merupakan sudut (penguat) Allah. Maka sahutlah panggilan tiang Allah, serta ambillah daripada cahaya Allah, dan jadilah kamu sebahagian daripada penguat (dari) Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis no. 1438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع ظاهر الوضع والركة!) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((المؤذن عمود الله، والإمام نور الله، والصفوف أركان الله، فأجيبوا عمود الله، واقتبسوا بنور الله، وكونوا من أركان الله)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (‌‌3302)]

(Palsu Dengan Kepalsuan Dan Kelemahan Yang Amat Jelas!) Daripada Ibn ‘Umar ―raḍiyallāhu ‘anhuma― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Seorang muazzin merupakan tiang Allah, imam pula adalah cahaya Allah, manakala saf-saf merupakan sudut (penguat) Allah. Maka sahutlah panggilan tiang Allah, serta ambillah daripada cahaya Allah, dan jadilah kamu sebahagian daripada penguat (dari) Allah. [Riwayat al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3302]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.