Seorang muazzin lebih berhak untuk melaungkan azan

TEKS BAHASA ARAB

المؤذن أملك بالأذان، والإمام أملك بالإقامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang muazzin lebih berhak untuk melaungkan azan; manakala seorang imam lebih berhak untuk melaungkan iqamah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 297, hadis nombor 1567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((المؤذن أملك بالأذان، والإمام أملك بالإقامة)).
[الباطرقاني في ((جزء من حديثه)) فر، ((الضعيفة)) (4669)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang muazzin lebih berhak untuk melaungkan azan; manakala seorang imam lebih berhak untuk melaungkan iqamah.
[Riwayat al-Batharqani dalam Juzu’ daripada hadith beliau dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4669]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs