Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المُؤَذِّنُ أَمْلَكُ بالأذانِ، والإمامُ أَمْلَكُ بالإقامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang muazzin lebih berhak untuk melaungkan azan; manakala seorang imam lebih berhak untuk melaungkan iqamah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 297, hadis no. 1567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((المؤذن أملك بالأذان، والإمام أملك بالإقامة)). [الباطرقاني في ((جزء من حديثه)) فر، ((الضعيفة)) (4669)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang muazzin lebih berhak untuk melaungkan azan; manakala seorang imam lebih berhak untuk melaungkan iqamah. [Riwayat al-Batharqani dalam Juzu’ daripada hadith beliau dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4669]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman