TEKS BAHASA ARAB
ملك موكل بالقرآن، فمن قرأه من أعجمي أو عربي فلم يقومه؛ قومه الملك، ثم رفعه قواماً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang malaikat ditugaskan dengan al-Quran, maka barang siapa yang membacanya sama ada orang bukan Arab atau orang Arab lalu dia tidak membaca dengan betul (kerana kurang mahir membaca). Maka malaikat tersebut akan memperbetulkannya serta mengangkatnya dalam keadaan yang betul.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493, hadis nombor 7612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رفعه: ملك موكل بالقرآن، فمن قرأه – من أعجمي أو عربي – فلم يقومه؛ قومه الملك، ثم رفعه قواماً. [فر، ((الضعيفة)) (4513)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Malaikat yang ditugaskan berkaitan al-Quran dan barang siapa yang membacanya sama ada orang bukan Arab atau orang Arab lalu dia tidak membaca dengan betul (kerana kurang mahir membaca). Maka malaikat tersebut akan memperbetulkannya serta mengangkatnya dalam keadaan yang betul. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4513]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.