Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Seorang malaikat ditugaskan dengan al-Quran, maka barang siapa yang membacanya sama ada orang bukan Arab

Teks Bahasa Arab

مَلَكٌ مُوَكَّلٌ بِالْقُرْآنِ فَمَنْ قَرَأَهُ مِنْ أَعْجَمِيَ أَوْ عَرَبِيَ فَلَمْ يُقَوِّمْهُ قَوَّمَهُ المَلَكُ ثُمَّ رَفَعَهُ قَوَاماً.

Teks Bahasa Melayu

Seorang malaikat ditugaskan dengan al-Quran, maka barang siapa yang membacanya sama ada orang bukan Arab atau orang Arab lalu dia tidak membaca dengan betul (kerana kurang mahir membaca). Maka malaikat tersebut akan memperbetulkannya serta mengangkatnya dalam keadaan yang betul.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493, hadis no. 7612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رفعه: ملك موكل بالقرآن، فمن قرأه - من أعجمي أو عربي - فلم يقومه؛ قومه الملك، ثم رفعه قواماً. [فر، ((الضعيفة)) (4513)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Malaikat yang ditugaskan berkaitan al-Quran dan barang siapa yang membacanya sama ada orang bukan Arab atau orang Arab lalu dia tidak membaca dengan betul (kerana kurang mahir membaca). Maka malaikat tersebut akan memperbetulkannya serta mengangkatnya dalam keadaan yang betul. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4513]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.