Seorang malaikat akan menyeru dari perut Arasy pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ينادي ملك من بطنان العرش يوم القيامة، يا أمة محمد، الله قد عفا عنكم جميعا المؤمنين والمؤمنات فتواهبوا المظالم، وادخلوا الجنة برحمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang malaikat akan menyeru dari perut Arasy pada hari kiamat, wahai umat Muhammad, Allah telah mengampunkan dosa kamu sekalian, mukmin dan mukminat, lalu mereka membuang kezaliman, dan masuklah ke dalam syurga dengan rahmatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 651 – 652, hadis nombor 3367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – رفعه: ((ينادي ملك من بطنان العرش يوم القيامة، يا أمة محمد، الله قد عفا عنكم جميعا المؤمنين والمؤمنات فتواهبوا المظالم، وادخلوا الجنة برحمتي)). [البغاوي في ((شرح السنة))، ((الضعيفة)) (1279)]

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Seorang malaikat akan menyeru dari perut Arasy pada hari kiamat, wahai Umat Muhammad, Allah telah mengampunkan dosa kamu sekalian, mukmin dan mukminat, lalu mereka membuang kezaliman, dan masuklah ke dalam syurga dengan rahmatku.” [Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1279]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs