Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَدْرُونَ مَا الصُّعْلُوكُ؟ قَالَ: قُلْنَا: الرَّجُلُ الَّذِي لَا مَالَ لَهُ. قَالَ: إِنَّ الصُّعْلُوكَ كُلَّ الصُّعْلُوكِ الرَّجُلُ لَهُ الْمَالُ لَمْ يُقَدِّمْ مِنْهُ شَيْئًا.
Teks Bahasa Melayu
Tahukah kamu siapakah orang yang kuat ? Aku menjawab : Seorang lelaki yang mengalahkan lelaki yang lain (pertarungan). Baginda berkata : Sesungguhnya sebenar-benar orang yang kuat adalah seseorang yang berjaya mengawal dirinya ketika marah. Tahukah kamu siapakah yang dimaksudkan dengan Al-Raqub ? Kami menjawab bahawa Al-Raqub adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai anak. Baginda mengatakan : Sesungguhnya Al-Raqub adalah seorang lelaki yang mempunyai anak, namun dia tidak mendapat sebarang ganjaran daripada mereka. Baginda bertanya lagi : Tahukah kamu apa itu Al-Shu’luk (seorang yang fakir). Lalu kami menjawab : Al-Shu’luk adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai harta. Baginda menjawab : Sesungguhnya sebenar-benar Al-Shu’luk adalah seorang lelaki yang mempunyai harta, namun dia tidak mendapat sebarang ganjaran dari hartanya itu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 150, hadis no. 755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Al-Mughirah bin Abdullah Al-Ju’fi beliau berkata: Kami duduk bersama dengan seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi SAW yang disebut : Khasfah atau: Ibn Khasfah-. Kemudian beliau memandang ke arah seorang lelaki yang gemuk. Lalu aku bertanya kepadanya : Mengapakah kamu memandang ke arahnya ? Beliau berkata : Aku teringat akan sebuah hadis yang aku dengar daripada Rasulullah S.A.W, yang mana aku mendengar baginda bersabda : Tahukah kamu siapakah orang yang kuat ? Aku menjawab : Seorang lelaki yang mengalahkan lelaki yang lain (pertarungan). Baginda berkata : Sesungguhnya sebenar-benar orang yang kuat adalah seseorang yang berjaya mengawal dirinya ketika marah. Tahukah kamu siapakah yang dimaksudkan dengan Al-Raqub ? Kami menjawab bahawa Al-Raqub adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai anak. Baginda mengatakan : Sesungguhnya Al-Raqub adalah seorang lelaki yang mempunyai anak, namun dia tidak mendapat sebarang ganjaran daripada mereka. Baginda bertanya lagi : Tahukah kamu apa itu Al-Shu’luk (seorang yang fakir). Lalu kami menjawab : Al-Shu’luk adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai harta. Baginda menjawab : Sesungguhnya sebenar-benar Al-Shu’luk adalah seorang lelaki yang mempunyai harta, namun dia tidak mendapat sebarang ganjaran dari hartanya itu. [Riwayat Sunan Al-Kubra oleh al Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6740]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman