Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَظَرَ الرجلُ إلى أخِيه المسلم حُباً له وشوقاً إليه؛ خَيْرٌ له مِنِ اعتكاف سنة في مَسْجِدِيْ هذا.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki yang memandang kepada saudara muslimnya dengan penuh cinta dan rindu kepadanya adalah lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama setahun di masjidku ini.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis no. 5793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang lelaki yang memandang kepada saudara muslimnya dengan penuh cinta dan rindu kepadanya adalah lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama setahun di masjidku ini. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4690]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman