Seorang lelaki yang melihat saudara Muslimnya dengan penuh kasih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نظر الرجل إلى أخيه المسلم حباً له وشوقاً إليه؛ خير له من اعتكاف سنة في مسجدي هذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki yang melihat saudara Muslimnya dengan penuh kasih dan kerinduan kepadanya adalah lebih baik daripada beriktikaf selama setahun dalam masjidku ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 90, hadis nombor 455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – رفعه: نظر الرجل إلى أخيه المسلم حباً له وشوقاً إليه؛ خير له من اعتكاف سنة في مسجدي هذا.
[فر، ((الضعيفة)) (4690)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Seorang lelaki yang melihat saudara Muslimnya dengan penuh kasih dan kerinduan kepadanya adalah lebih baik daripada beriktikaf selama setahun dalam masjidku ini.”
[Diriwayatkan oleh al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4690]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.