Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نظرُ الرجلِ إلى أَخِيهِ المسلمِ حُبًّا له وشوقًا إليه؛ خيرٌ له من اعتكافِ سنةٍ في مسجدي هذا.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki yang melihat saudara Muslimnya dengan penuh kasih dan kerinduan kepadanya adalah lebih baik daripada beriktikaf selama setahun dalam masjidku ini.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 90, hadis no. 455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - رفعه: نظر الرجل إلى أخيه المسلم حباً له وشوقاً إليه؛ خير له من اعتكاف سنة في مسجدي هذا. [فر، ((الضعيفة)) (4690)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Seorang lelaki yang melihat saudara Muslimnya dengan penuh kasih dan kerinduan kepadanya adalah lebih baik daripada beriktikaf selama setahun dalam masjidku ini.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4690]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman