Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أبا هريرةَ إنَّ اللَّهَ تعالى يحبُّ من خلقِهِ الأصفياءَ الأخفياءَ الأبرار الشَّعثةَ رؤوسُهمُ المغبرَّةَ وجوهُهمُ الخمصةَ بطونُهم إلَّا من كسبِ الحلالِ الَّذينَ إذا استأذنوا على الأمراءِ لم يؤذن لَهم وإن خطبوا المتنعِّماتِ لم ينكحوا وإن غابوا لم يُفتَقدوا وإن حضروا لم يدعوا وإن طلعوا لم يفرح بطلعتِهم وإن مرِضوا لم يُعادوا وإن ماتوا لم يشْهَدوا قالوا يا رسولَ اللَّهِ كيفَ لنا برجلٍ منْهم قالَ ذاكَ أويسٌ القرنيُّ قالوا وما أويسٌ القرنيُّ قالَ أشْهلُ ذا صُهوبةٍ بعيدُ ما بينَ المنْكبينِ معتدلُ القامةِ آدمُ شديدُ الأدمةِ ضاربٌ بذقنِهِ إلى صدرِهِ رامٍ بذقنِهِ إلى موضعِ سجودِهِ واضعٍ يمينَهُ على شمالِهِ يتلوا القرآنَ يبْكي على نفسِهِ ذو طمرينِ لا يؤبَهُ لَهُ متَّزرٌ بإزارِ صوفٍ ورداءِ صوفٍ مجْهولٌ في أَهلِ الأرضِ معروفٌ في السَّماءِ لو أقسمَ على اللَّهِ لأبرَّ قسمَهُ ألا وإنَّ تحتَ منْكبِهِ الأيسرِ لمعةٌ بيضاءُ ألا وإنَّهُ إذا كانَ يومُ القيامةِ قيلَ للعبادِ ادخلوا الجنَّةَ ويقالُ لأويسٍ قف فاشفَع فيشفِّعُهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ في مثلِ عددِ ربيعةَ ومضرَ يا عمرُ ويا عليُّ إذا أنتُما لقيتماهُ فاطلبا إليْهِ أن يستغفرَ لَكما يغفرِ اللَّهُ تعالى لَكما.. الحديثَ بطولِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abū Hurayrah, sesungguhnya Allah SWT mencintai golongan suci, orang yang takut, orang yang baik dari kalangan makhluk-Nya. Kepala mereka (rambut) kusut masai dan wajah-wajah mereka berdebu. Mereka tidak mengisi perut mereka melainkan daripada sumber yang halal. Mereka itu apabila meminta izin kepada para pemerintah, tidak diberi keizinan kepada mereka. Apabila mereka ingin meminang wanita-wanita yang cantik, mereka tidak akan dikahwinkan dengan wanita-wanita itu. Sekiranya mereka hilang, mereka tidak akan dicari. Sekiranya mereka berada di sekeliling, mereka tidak akan dipanggil. Sekiranya mereka datang, kedatangan mereka itu tidak disambut dengan kegembiraan. Sekiranya mereka sakit, mereka tidak akan dikunjungi. Sekiranya mereka meninggal dunia, kematian mereka tidak akan disaksikan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah dengan seorang lelaki dari kalangan mereka?” Baginda SAW menjawab: Itulah Uways al-Qaranī . Mereka bertanya lagi: Dan siapakah Uways al-Qaranī? Baginda SAW telah menjawab: Seorang lelaki yang matanya ada warna kebiruan, rambutnya kekuningan kedua bahunya jauh, lurus tegak, berkulit gelap, dagunya merapat ke dadanya, dagunya sentiasa diletakkan ke tempat sujud, dia sentiasa meletakkan sisi kanannya berada di atas sisi kirinya, selalu membaca al-Quran, dia menangisi dirinya, mempunyai dua helai pakaian sahaja, tidak dipedulikan orang, memakai kain dan selendang daripada bulu, tidak dikenali di dunia, namun dikenali di langit, jika dia bersumpah demi Allah, nescaya Dia akan sempurnakan sumpahnya untuknya, di bawah bahu kirinya ada tompokan putih, jika datang hari kiamat, dikatakan kepada hamba-hamba Allah (yang lain) masuklah ke dalam syurga, dikatakan kepada Uwais: Bangunlah dan berikanlah syafaat. Lalu Allah memperkenankan syafaatNya sebanyak (bilangan bani) Rabiah dan Mudhar, wahai Umar dan Ali, jika kamu berdua menemuinya, maka mohonlah darinya agar dia meminta ampun bagi kamu berdua, nescaya Allah akan mengampunkan kamu berdua.” Hadith ini panjang.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1930, hadis no. 9684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada Abū Hurayrah RA telah berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang bersama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda SAW telah bersabda: Pada hari esok, ada seorang lelaki dari kalangan ahli syurga yang akan menunaikan solat bersama kamu. Abū Hurayrah RA telah berkata: Maka aku berharap bahawa akulah yang dimaksudkan dengan lelaki tersebut. Lalu aku pun bangun pada waktu pagi dan aku menunaikan solat di belakang Nabi SAW. Kemudian aku kekal di dalam masjid sehinggalah orang ramai beredar dan hanya tinggal aku seorang sahaja bersama dengan Baginda SAW. Ketika aku sedang duduk bersama Baginda SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki berkulit hitam yang memakai perca kain dan berpakaian dengan sepotong kain. Dia datang sehinggalah dia meletakkan tangannya di tangan Rasulullah SAW kemudian dia telah berkata: “Wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah SWT untukku. Lalu Baginda SAW telah mendoakannya agar mendapat syahid dan kami mendapati ada daripadanya bauan Kasturi yang kuat. Lalu aku telah bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah dia lelaki yang dimaksudkan?” Baginda SAW telah menjawab: Ya, sesungguhnya dia adalah hamba bani Polan. Lalu aku telah berkata: Mengapakah kamu tidak membelinya lalu membebaskannya wahai Nabi Allah?” Baginda SAW telah bersabda: Bagaimanakah aku ingin melakukannya, sekiranya Allah SWT sendiri yang mahukan dia menjadi sebahagian daripada raja-raja di syurga wahai Abū Hurayrah? Sesungguhnya bagi penghuni syurga itu ada raja-raja dan juga pemimpin. Dan lelaki hitam ini akan menjadi sebahagian dari raja dan juga pemimpin mereka di dalam syurga. Wahai Abū Hurayrah, sesungguhnya Allah SWT mencintai golongan suci, orang yang takut, orang yang baik dari kalangan makhluk-Nya. Kepala mereka (rambut) kusut masai dan wajah-wajah mereka berdebu. Mereka tidak mengisi perut mereka melainkan daripada sumber yang halal. Mereka itu apabila meminta izin kepada para pemerintah, tidak diberi keizinan kepada mereka. Apabila mereka ingin meminang wanita-wanita yang cantik, mereka tidak akan dikahwinkan dengan wanita-wanita itu. Sekiranya mereka hilang, mereka tidak akan dicari. Sekiranya mereka berada di sekeliling, mereka tidak akan dipanggil. Sekiranya mereka datang, kedatangan mereka itu tidak disambut dengan kegembiraan. Sekiranya mereka sakit, mereka tidak akan dikunjungi. Sekiranya mereka meninggal dunia, kematian mereka tidak akan disaksikan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah dengan seorang lelaki dari kalangan mereka?” Baginda SAW menjawab: Itulah Uways al-Qaranī . Mereka bertanya lagi: Dan siapakah Uways al-Qaranī? Baginda SAW telah menjawab: Seorang lelaki yang matanya ada warna kebiruan, rambutnya kekuningan kedua bahunya jauh, lurus tegak, berkulit gelap, dagunya merapat ke dadanya, dagunya sentiasa diletakkan ke tempat sujud, dia sentiasa meletakkan sisi kanannya berada di atas sisi kirinya, selalu membaca al-Quran, dia menangisi dirinya, mempunyai dua helai pakaian sahaja, tidak dipedulikan orang, memakai kain dan selendang daripada bulu, tidak dikenali di dunia, namun dikenali di langit, jika dia bersumpah demi Allah, nescaya Dia akan sempurnakan sumpahnya untuknya, di bawah bahu kirinya ada tompokan putih, jika datang hari kiamat, dikatakan kepada hamba-hamba Allah (yang lain) masuklah ke dalam syurga, dikatakan kepada Uwais: Bangunlah dan berikanlah syafaat. Lalu Allah memperkenankan syafaatNya sebanyak (bilangan bani) Rabiah dan Mudhar, wahai Umar dan Ali, jika kamu berdua menemuinya, maka mohonlah darinya agar dia meminta ampun bagi kamu berdua, nescaya Allah akan mengampunkan kamu berdua.” Hadith ini panjang. ditambah lagi selepas itu: Maka mereka terus mencarinya selama 10 tahun tetapi tidak ditemui… sehingga akhir kisah ini. tambahan ini tidak perlu disebutkan. [Diriwayatkan oleh Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah al-Awliya’, al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6276]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman